PMKS Beri 7.3 Juta Peluang Pekerjaan Kepada Pekerja- PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) memberi peluang pekerjaan sebanyak 7.3 juta kepada pekerja dan menyumbang RM118 bilion kepada eksport negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pencapaian-pencapaian seperti ini menjadi satu penunjuk penting bagi menonjolkan kejayaan PMKS tempatan dalam menghasilkan produk-produk yang berkualiti, bukan sahaja memenuhi permintaan tempatan malah permintaan pasaran antarabangsa.

“Jika pada tahun 2010, sumbangan PMKS kepada KDNK berjumlah RM298 bilion namun pada 2020, jumlah ini telah meningkat 72% kepada RM512 billion. Kini, PMKS juga memberi peluang pekerjaan kepada 7.3 juta pekerja dan menyumbang RM118 bilion kepada eksport negara.” katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Pameran Tahunan
PKS – SMIDEX 2021, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, pandemik Covid-19 yang melanda dunia juga memberi kesan sektor PMKS ini dengan hasil jualan menurun dengan 95.3 peratus dengan mendadak dalam tempoh pembendungan.

“Hampir dua tahun dunia menghadapi krisis kesihatan serta ekonomi akibat pandemik COVID-19. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah melaporkan bahawa ekonomi global mencatat pertumbuhan negatif sebanyak 3.1% pada tahun 2020 dan Malaysia turut terkesan dengan pertumbuhan negatif 5.6% pada tahun yang sama.

“Sejak Mac 2020, sejumlah RM196 bilion telah diperuntukkan untuk membantu PMKS dalam menangani kesan wabak COVID-19. Langkah-langkah tersebut telah dan sedang
dilaksanakan melalui sepuluh pakej ekonomi yang komprehensif termasuk dua pakej belanjawan tahunan.” jelas beliau lagi.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan, hampir keseluruhan sektor PMKS menerima manfaat.

“Kerajaan turut memperkenalkan beberapa pembaharuan, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dengan pengagihan peluang dan hasil yang lebih saksama. Tumpuan khusus adalah mentransformasi PMKS sebagai pemacu pertumbuhan baharu serta memperkasakan pendigitalan bagi mengamalkan norma baharu.

“Di samping itu, tumpuan juga diberi untuk PMKS beralih daripada pasaran domestik kepada pasaran global untuk meningkatkan daya saing sekaligus membantu PMKS untuk mencapai sasaran iaitu menyumbang sebanyak 45% kepada KDNK dan 25% daripada jumlah eksport pada tahun 2025.” ujarnya beliau lagi.

Pertumbuhan PMKS diberi penekanan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara. Strategi yang menjurus kepada inovasi dan pendigitalan, kelestarian dan pertumbuhan inklusif dijangka dapat mewujudkan satu ekosistem keusahawanan yang kondusif dan menyeluruh, katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat