Tengku Zafrul Tolak Tohmahan Dr Dzulkefly Ahmad

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tampil menolak tohmahan bahawa kerajaan telah mengurangkan peruntukan kepada bidang kepakaran kesihatan tertentu dalam Belanjawan 2021.

Menurut beliau, tiada bidang kepakaran yang mengalami pengurangan peruntukan seperti yang didakwa. Sebaliknya apa yang berlaku ialah kerajaan melakukan klasifikasi bidang baharu menyebabkan ada bidang menampakkan kekurangan ketara.

“Buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Kerajaan, jumlah bagi bekalan perubatan serta bahan guna habis (consumables) sebanyak RM4.29 bilion telah diasingkan dan diperuntukkan di bawah butiran 080000 (Program Khusus). Ini termasuk Bekalan Perubatan Fasiliti Perubatan Kerajaan sebanyak RM2.89 bilion dan Konsesi Penswastaan Makmal Ubat sebanyak RM1.4 bilion,” tulis Tengku Zafrul dalam akaun facebooknya malam ini.

“Inilah sebabnya mengapa jumlah peruntukan di bawah butiran 020000 (Perubatan) menunjukkan ‘pengurangan’ daripada RM14.2 bilion (2020) kepada RM11.3 bilion (2021). Butiran ini mengandungi peruntukan bagi pelbagai bidang kepakaran kesihatan termasuk nefrologi dan farmasi. Hakikat yang sebenar: tiada bidang kepakaran yang mengalami pengurangan peruntukan.”

Sebelum ini bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad mempertikaikan penurunan peruntukan menurut bidak kepakaran kesihatan seperti Nefrologi – RM252.11 juta (2020) kepada RM56.44 juta (2021); Kardiotoraks – RM180.5 juta (2020) kepada RM60.11 juta (2021); Farmasi dan Bekalan – RM1.94 bil (2020) kepada RM512 juta (2021); Radioterapi dan Onkologi – RM328 juta (2020) kepada RM136.43 juta (2021); Perubatan Am – RM1.73 bil (2020) kepada RM1.48 bil (2021); Anestesiologi dan Rawatan Rapi- RM499.56 juta (2020) kepada RM449.45 juta (2021), Perubatan Pernafasan- RM38.4 juta (2020) kepada RM34.4 juta (2021).

Tengku Zafrul turut menangkis dakwaan Dzulkefley bahawa peruntukan bidang Psiakiatri dan Kesihatan Mental telah berkurangan dari RM344 juta (2020) kepada RM313 juta (2021).

“Kerajaan juga peruntuk RM24 juta bagi menangani isu kesihatan mental melalui pengukuhan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan serta Penyalahgunaan Substans.

Menurut Tengku Zafrul selain peruntukan biasa melalui peruntukan belanja mengurus yang terkandung di dalam Buku Anggaran Perbelanjaan yang berjumlah RM31.9 bilion (lebih tinggi dari RM30.6 bilion pada tahun 2020), kerajaan turut menyediakan peruntukan khas di bawah Kumpulan Wang COVID-19.

Tengku Zafrul memgakhiri catatan Facebooknya dengan menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan berkompromi di dalam usaha melindungi nyawa dan kesihatan rakyat Malaysia.-SUARATV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat