Polis Tahan Tokan Dadah Hasil Maklumat Orang Awam Di Facebook

- Advertisement -

PENDANG – Polis menahan seorang lelaki disyaki tokan dadah hasil maklumat orang awam yang disalurkan menerusi ruang komen di Facebook Balai Polis Sungai Tiang, di sini semalam.

Suspek yang dikenali ‘Own Syemko’ berusia 20-an ditahan bersama seorang lagi lelaki disyaki penagih dadah di sebuah bangunan kosong bersebelahan Dewan Rozai Felda Sungai Tiang kira-kira pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah berkata, tangkapan terbabit dibuat hasil maklumat orang awam di Facebook Balai Polis Sungai Tiang.

Malah, menurutnya, beberapa penagih juga membuat pengakuan pernah mendapatkan bekalan dadah daripada suspek di Facebook berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati suspek pertama dikenali Own Syemko merupakan suspek yang telah lama diburu polis kerana dipercayai aktif mengedar dadah di kawasan tersebut manakala suspek kedua berusia 20-an pula penagih dadah.

“Polis turut merampas enam peket plastik lutsinar dan keratan straw pendek dipercayai berisi dadah heroin seberat 3.48 gram,” katanya di sini hari ini.

Arriz Sham menambah, suspek juga dipercayai bertindak membuka port dadah di dalam kebun getah dan sekitar kawasan Felda di sini untuk aktiviti penagihan dadah.

Selain itu, tambahnya, hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek yang ditahan positif dadah jenis morfin serta mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat