Biden Menang Pilihan Raya Presiden AS, Trump Dilapor Enggan Menyerah Kalah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Calon Demokrat, Joe Biden menang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 dengan memperolehi 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi elektoral.

Agensi berita asing melaporkan, kerusi terakhir dimenangi Biden adalah Pennsylvania yang memberinya 20 undi elektoral.

Keputusan itu menyaksikan Biden menjadi calon Demokrat pertama dalam tempoh 24 tahun memenangi undi elektoral di Arizona selepas menang besar di California, New York, Minnesota dan New Hampshire yang pernah dimenangi Hillary Clinton pada 2016.

Kejayaan pada usia 77 tahun dengan kempen bertemakan ‘A Battle for the Soul of the Nation’ juga membolehkan Biden menafikan hasrat Trump untuk menjadi presiden untuk penggal kedua.

Sementara itu, BBC melaporkan, pasukan kempen Trump memberi bayangan bahawa calon mereka tiada perancangan untuk menyerah kalah.

Biden dilaporkan berkata, beliau “berbesar hati dan berasa rendah diri” kerana dipilih.

Keputusan ini juga menyaksikan Trump sebagai ‘presiden satu penggal’ pertama sejak 1990-an. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat