Perdana Menteri Dijangka Menghadap Agong Untuk Rombakan Kabinet?

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bagi memohon perkenan rombakan kabinet dalam masa terdekat.

SuaraTV difahamkan Muhyiddin akan menghadap Al-Sultan Abdullah petang ini dalam rombakan membabitkan beberapa pemimpin kanan UMNO. Bagaimanpun tidak pasti sama ada pengumuman rombakan tersebut akan diumumkan hari ini bergantung kepada perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Rombakan ini hadir ketika parti kedua terbesar dalam kerajaan gabungan, UMNO, sedang berhadapan konflik antara meninggalkan kerajaan atau kekal bersama menjelang Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti tersebut malam ini.

Semalam SuaraTV melaporkan 35 Ahli Parlimen Barisan Nasional (termasuk UMNO) mahu parti tersebut kekal dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan.

Sumber juga menyatakan angkat sumpah jawatan anggota baharu kabinet jika ada akan diadakan pada Jumaat ini.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat