Menteri Komunikasi gagal, punca PM dikritik – Sanusi

- Advertisement -

HULU SELANGOR: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil gagal menjalankan tanggungjawabnya sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan kritikan.

Memetik Utusan, Sanusi berkata, Fahmi gagal dalam menjelaskan mengenai masalah yang sedang dihadapi kerajaan sehingga berdepan kecaman daripada masyarakat.

Jelas Sanusi, Fahmi menggunakan naratif kerajaan sedang difitnah oleh pembangkang bagi menutup kegagalannya dalam menjelaskan hal-hal mengenai dasar kerajaan.

“Dia (Fahmi) tidak dapat menjelaskan dasar kerajaan (dengan baik) sebab itu PMX (dikecam) teruk. Kenapa orang boleh hari-hari hentam Perdana Menteri? Sebab Menteri Komunikasi gagal.

“Kenapa apa orang hentam Mat Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu) dalam isu beras? Sebab Menteri Komunikasi gagal terangkan kemana perginya beras (tempatan),” katanya semasa berucap di Ceramah Perdana PN, malam tadi.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, kegagalan memberikan penerangan kepada rakyat menyebabkan Kerajaan Persekutuan menjadi lemah.

“Apabila nilai ringgit merosot dan beras yang kita beli merupakan beras import, kita kena bayar lebih maka harga makanan akan menjadi mahal. Sebab itu rakyat marah dan rakyat tidak faham kenapa keadaan ini terjadi.

“Kegagalan terbesar adalah kerajaan tidak mampu memberikan penjelasan mengapa ini berlaku, sebab itu kerajaan ini lemah (dan perlu) dijatuhkan,” jelasnya.

Tambahnya, kerajaan melantik tentera siber bagi menutupi kegagalan memberikan informasi dan penjelasan kepada rakyat.

“Tentera siber itu kerjanya mengelirukan orang ramai, tidak ada penjelasan. Mana-mana orang yang cakap banyak, dia akan ‘tembak’ dengan fitnah (dan) hentam tanpa hujah.

“Kalau kerajaan pergi ke (tahap) itu, kerajaan bukan lagi pelindung kepada rakyat dan negara ini, hanya pelindung kepada orang-orang yang sedang ‘berempuk-empuk’ dengan pangkat serta kuasa di Putrajaya,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat