Henti Usaha Jatuhkan Kerajaan, Lantik TPM, Kata Ahli Parlimen UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mahu beliau menghentikan sebarang usaha memaksa mereka keluar dari kerajaan sebelum masa yang sesuai untuk Pilihan Raya Umum (PRU).

Dalam pertemuan semalam yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, kumpulan 35 ini memaklumkan mereka tidak akan meninggalkan kerajaan sebelum waktu yang sesuai untuk pembubaran Parlimen.

Salah seorang Ahli Parlimen yang bercakap menyifatkan sebarang usaha mewujudkan ketidakstabilan politik ketika ini akan menimbulkan kemarahan rakyat, dan mahukan perkara ini disampaikan kepada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Julai 2021 nanti.

“Jika kita keluar kerajaan, kemungkinan kerajaan ini akan jatuh. Apa selepas itu? Mengadakan PRU sebelum kekebalan kelompok dicapai adalah sesutu kerja gila. Lebih gila keluar kerajaan menjadi second fiddle kepada Anwar Ibrahim.”

Manakala seorang lagi Ahi Parlimen UMNO dari utara tanah air memberitahu Ahmad Zahid, bahawa usaha membawa keluar UMNO dari kerajaan ketika pandemik ini satu kerja menyusahkan semua orang dan hanya berkepentingan sendiri.

“Kita bertungkus lumus membantu rakyat bagi menyelesaikan masalah Covid-19 ini. Namun ada pimpinan tertinggi parti bertungkus-lumus merosakkan semua usaha ini. Apa sebenarnya perjuangan kita?”

Dalam perjumpaan tersebut juga salah seorang Pemimpin kanan UMNO memaklumkan kepada Presiden dan Timbalan Presiden bahawa 35 Ahli Parlimen BN telah sebulat suara mahu salah seorang dari mereka dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen UMNO memberi gambaran mereka telah memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri dan berharap Majlis Tertinggi UMNO menyokong pelantikan tersebut.

“Kami telah berbincang dengan pihak Perdana Menteri bagi perubahan dalam kerajaan sekiranya diperlukan dan kami berharap Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO mengiktiraf pelantikan TPM dari UMNO dalam kalangan Ahli Parlimen sedia ada.”

Seorang Ahli Parlimen UMNO yang dihubungi SuaraTV pagi tadi mengesahkan kedua-dua agenda ini dan berharap Ahli Kerja Majlis Tertinggi UMNO memahami aspirasi mereka bagi mengelak parti dilihat lebih mementingkan usaha menjatuhkan kerajaan berbanding menjaga kebajikan rakyat ketika pandemik.

Ahli Parlimen terbabit juga mengesahkan Zahid mengakui rakaman audio perbualan dengan Anwar Ibrahim tersebut adalah tulen.

“Beliau akui tandatangan surat kepada Agong dan audio dengan Anwar selepas PAU 2020 adalah suaranya. Bagaimanapun beliau menegaskan tidak melanggar apa-apa disiplin parti.” -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat