Bantu Mualaf, Bernas Sumbang 500kg Beras

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas), menyumbangkan 500kg beras untuk di agihkan kepada golongan mualaf dan asnaf di sekitar Kuala Lumpur.

Ahli Lembaga Pengarah Bernas, Datuk Azman Mahmood ketika dihubungi berkata, sumbangan beras itu adalah untuk meringankan beban golongan mualaf dan mereka yang memerlukan.

“Ini merupakan antara program tanggungjawab sosial korporat bagi membantu mereka yang memerlukan terutama golongan B40 bandar dan diharapkan usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Perkim Datuk Keramat, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz memberikan penghargaan kepada Bernas atas sumbangan yang diberikan itu.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan dan sumbangan yang diberikan kerana sedikit sebanyak ia akan dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.

“Sumbangan tersebut akan mula di agihkan melalui lawatan ke asrama dan rumah-rumah asnaf melalui program Jelajah Mualaf yang bermula minggu ini,” katanya pula.

Dalam pada itu, Perkim Datuk Keramat mengalu-alukan tajaan dan sumbangan daripada individu dan syarikat korporat yang mahu bersama-sama menyertai program dakwah ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat