PN akan kemukakan petisyen jika PH menang PRK Kuala Kubu Baharu – Takiyuddin

- Advertisement -

HULU SELANGOR – Perikatan Nasional (PN) mengesahkan akan mengemukakan petisyen pilihan raya sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Baharu.

Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana pihaknya mempunyai bukti berlakunya ‘penyaluran’ yang disifatkannya sebagai rasuah dilakukan, selain penyalahgunaan jentera kerajaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.

“Kita ada bukti. Ada banyak penyaluran, penyalahgunaan jentera kerajaan dan juga pemberian yang pada kami adalah satu bentuk rasuah pilihan raya.

“Sekiranya kalau ditakdirkan PH menang, kami akan failkan petisyen pilihan raya. Itu sudah pasti,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman manifesto calon PN Kuala Kubu Baharu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin juga menyatakan bahawa pihaknya mengumpul bukti itu dalam bentuk video dan catatan.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, pemfailan petisyen itu juga pernah dibuat di beberapa kerusi parlimen dalam pilihan raya sebelum ini seperti di Kuala Terengganu dan Kemaman.

“Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) baru-baru ini saya sebagai peguam mengendalikan petisyen di Terengganu, Kelantan dan Melaka.

“Mahkamah Pilihan Raya membuat ketetapan bahawa penyaluran bantuan oleh kerajaan di kawasan pilihan raya kepada pengundi yang akan mengundi adalah rasuah.

“Oleh sebab itu, keputusan di Parlimen Kuala Terengganu dan Parlimen Kemaman dibatalkan,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat