PRK KKB : 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

- Advertisement -

KUALA KUBU BAHARU — Sebanyak 97 peratus pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, proses mengundi awal ini melibatkan seramai 769 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan.

“Proses pengundian awal ini hanya melibatkan dua (2) Pusat Mengundi iaitu di Dewan Serbaguna Maktab PDRM, Kuala Kubu Baharu dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri, Kem Erskine yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, pengamal media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao; Khairul Azhari Saut mewakili Perikatan Nasional (PN); Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu kerana kanser.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat