Biadap Dan Kurang Ajar Kepada Polis, NGO Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin DAP

- Advertisement -

RAUB: Gabungan Pertubuhan Melayu Islam Raub dan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap pemimpin DAP yang biadap kepada anggota Polis yang melakukan tugas menguatkuasakan undang-undang berhubung penguatkuasaan ke atas penerokaan tanah haram di Hutan Simpang Batu Talam, Raub, di sini.

Penyelarasnya, Fadzli Mohamad Kamal, berkata mereka (pemimpin DAP) telah bertindak menghina, melakukan provokasi serta menghalang tugas penjawat awam yang menjalankan tugas penguatkuasaan.

Tegas beliau lagi, kebiadapan ini perlu dihentikan dan dikenakan tindakan tegas.

“Saya mewakili Gabungan Pertubuhan Melayu Islam Raub bersama NGO lain seperti Ummah Raub, Persatuan Melayu Islam Beraja Malaysia, Semboyan Raub, Majlis Belia Felda Wilayah Mempaga serta beberapa NGO persilatan turut bersama pada hari ini membuat laporan polis ekoran kebiadapan beberapa pemimpin-pemimpin politik DAP khususnya Ahli Parlimen Raub, Ahli Parlimen Bentong dan Ronnie Liu yang merentas negeri dari Selangor ke Raub,

“Kami bimbang tujuan rentas negeri atas tujuan apa? adakah kerana urusan rasmi tetapi nampaknya beliau (Ronnie Liu) seperti melakukan kegiatan politik di sini (Raub),

“Ronnie Liu merentas negeri dari Selangor ke Raub dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk menghasut orang-orang Raub dalam isu penguatkuasaan ke atas penerokaan tanah secara haram untuk penanaman musang king di Hutan Simpan Batu Talam, di sini.” ujar Fadzli.

Menurut beliau,Ronnie Liu bersikap kurang ajar melakukan provokasi melampau ke atas pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas mereka.

“Jelas beliau tidak langsung menghormati penjawat awam khususnya anggota polis yang menjalankan tugas,

“Apa tujuannya? kita di Raub tidak biasa sebegini dengan tindakan-tindakan pemimpin DAP yang cuba membawa politik kebencian di Raub ini,

“Atas dasar itulah kami NGO-NGO di Raub ini membuat laporan polis, agar perkara ini diambil tindakan tegas. Soal tidak menhormati dan menghalang tugas penjawat awam adalah satu tindakan yang tidak boleh dimaafkan.” tegas Fadzli lagi.

Jelas beliau lagi, isu penanaman haram durian Musang King ini bukan isu politik, bukan isu perkauman, ianya soal undang-undang yang harus ditegakkan.

Kepada pemimpin-pemimpin DAP, jangan putar belitkan isu ini, ini soal undang-undang. Kita tidak mahu kebiadapan ini menular dan di bawa ke sini.

“YB Ronnie Liu, berhati-hatilah, ada had dan batasnya bila berpolitik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga menyokong dan berdiri teguh dengan kerajaan negeri Pahang dan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengambil tindakan tegas kepada mereka yang jelas yang melanggar undang-undang menceroboh hutan simpan kekal. -SuaraTV

Baca lagi:

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat