Demi nasi ayam untuk anak, si ayah sanggup tak makan empat hari

- Advertisement -

JAKARTA – Tindakan seorang ayah yang sanggup tidak makan selama empat hari demi anaknya yang menghidap penyakit leukemia tular di media sosial, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Menerusi satu rakaman video, si ayah dikenali sebagai Zainuddin itu dilihat menemani anak perempuannya yang sedang menikmati hidangan nasi ayam di sebuah restoran makanan segera.

Namun, dia tidak makan bersama kerana wang perbelanjaannya cukup untuk membeli satu set nasi ayam sahaja.

Lebih menyentuh perasaan apabila dia rela berlapar demi membahagiakan dan menunaikan segala permintaan anaknya yang sakit.

Rata-rata netizen tersentuh hati menonton rakaman tersebut.

“Siapa yang menangis sila berkumpul di sini. Saya sungguh menghormati ayahnya. Doa yang terbaik untuk kamu,” kata seorang netizen. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat