Trump Berang Joe Biden Hampir Menang, Dakwa Demokrat Guna Undi Palsu

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

Ahmad Faizal letak jawatan selepas MB baharu dipilih

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan meletak jawatan selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berang selepas pengiraan undi menunjukkan pencabarnya dari parti Demokrat, Joe Biden, makin hampir memenangi pilihan raya presiden.

Calon Republikan itu membuat dakwaan melulu bahawa beliau ditipu dan dinafikan kemenangan dalam pilihan raya presiden, ketika pengiraan undi membabitkan beberapa negeri utama dijalankan.

“Mereka cuba ‘mencuri’ pilihan raya ini,” katanya dalam satu sidang media di Rumah Putih, dua hari selepas pengundian ditutup.

Selain tidak mengemukakan sebarang bukti, Trump enggan menjawab soalan wartawan dan sebaliknya, menghabiskan 17 minit untuk membuat pelbagai ‘kenyataan bersemangat’ yang tidak pernah diucapkan mana-mana Presiden AS.

Menurutnya, parti Demokrat menggunakan ‘undi palsu’ bagi ‘mencuri pilihan raya’ daripada parti Republikan.

“Jika anda mengira undi yang sahih, saya menang mudah tetapi mereka cuba memanipulasi pilihan raya ini dan saya tidak akan benarkan,” katanya.

Di sebalik retorik Trump, dakwaannya banyak ditujukan kepada integriti sejumlah besar undi pos berbanding undian secara fizikal yang dibuat setiap individu pada hari mengundi.

Peralihan besar kepada undi pos tahun ini berlaku berikutan ancaman pandemik COVID-19, dengan orang ramai enggan bersesak di pusat mengundi terutama selepas wabak itu mengorbankan lebih 230,000 penduduk AS.

Bagaimanapun, Trump kerap memandang remeh ancaman virus itu dan menggesa penyokongnya supaya menolak undi pos, menyebabkan lebih ramai penyokong Demokrat memilih undi pos berbanding penyokong Republikan.

Rungutan Trump semakin lantang tatkala keputusan terkini menunjukkan nasib semakin memihak kepada Biden untuk memenangi pemilihan kali ini.

Biden, 77, hanya memerlukan undi satu atau dua negeri lagi untuk meraih majoriti manakala Trump, 74, berdepan kesukaran kerana masih memerlukan banyak lagi sokongan jika mahu mengekalkan kedudukan.

Biden kini memiliki 253 daripada 538 blok undi yang diagih berdasarkan nisbah pengundi di 50 negara di AS manakala Trump mempunyai 214 undi.

Sesiapa yang meraih 270 undi sudah boleh diisytiharkan pemenang dan menjadi Presiden AS yang baharu. – AFP

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

COVID-19: Lebih Banyak Kubur Digali Di Greece

PULUHAN lubang kubur digali di Thessaloniki, Greece setiap hari bagi menanam mangsa korban akibat COVID-19, susulan peningkatan mendadak kes kematian akibat virus itu. Thessaloniki, dengan...

Hanya Libatkan Isu MB Perak, Sia-Sia Sahajalah Usaha Pemimpin PH – Dr Kamarul

Oleh: Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff Seperti ramai yang lain, saya juga terkejut dengan tindakan 24 ADUN Umno bekerjasama dengan 24 ADUN dari PH, iaitu...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.7 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR - Fitch Ratings menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 6.7 peratus tahun depan disokong pemulihan eksport barangan dan komoditi yang berterusan. Agensi penarafan antarabangsa dalam...