KUALA LUMPUR: Peruntukan Belanjawan 2021 sebanyak RM778 juta kepada Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) akan dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam usaha-usaha diplomatik antarabangsa bagi menjaga kepentingan Malaysia.
Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, sebanyak RM703.2 merupakan perbelanjaan pengurusan, manakala RM74.8 juta adalah bagi tujuan pembangunan akan digunakan bagi menaiktaraf infrastruktur serta kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi di Wisma Putra, serta pendigitalan perkhidmatan Kosular Malaysia di luar negara.
“Sebagai Menteri Luar, saya menyambut baik dan berterima kasih kepada Kementerian Kewangan atas peruntukan ini.
“Ianya bertepatan dengan keperluan Wisma Putra, terutama era pandemk Covid-19 kerana sebahagian besar perbincangan, komunikasi, mesyuarat serta persidangan melibatkan dirinya dan kepimpinan Wisma Putra dengan para pemimpin seluruh dunia dilaksanakan secara atas talian.
“Situasi ini memerlukan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang moden dan stabil,” kata beliau dilaman facebook selepas pembentangan Belanjawan 2021.
Katanya lagi, Wisma Putra akan memanfaatkan peruntukan tersebut demi mempertahankan kepentingan Malaysia di persada antarabangsa serta akan mengukuhkan peranaan Pejabat-Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara sekaligus membela kebajikan warga Wisma Putra seluruh dunia.
Menurut Hishamuddin kerjasama antara setiap kementerian jauh lebih mustahak berbanding sebelum ini dan Wisma Putra bersedia memikul tanggungjawab yang melangkaui peranan yang sedia ada.
Wisma Putra turut memberi komitmen bagi membantu Kementerian lain menjayakan usaha serta inisiatif yang bersesuaian dengan bidang kuasa Wisma Putra.
“Wisma Putra akan terus bekerjasama rapat dengan MOSTI dan KKM dalam usaha memastikan Malaysia mendapat first mover advantange, atau negara penerima manfaat terawal jika vaksin Covid-19 berjaya dibangunkan. Negara China baru-baru ini bersetuju untuk mengutamakan Malaysia sebagai penerima vaksin yang dibangunkan oleh negara mereka. Kita akan bantu sehabis baik demi menjayakan perancangan kerajaan dan juga akan menyertai program Covid-19 Vaccine Global Access atau COVAX.”
Selain itu Hishamuddin turut menyatakan kesediaan Wisma Putra membantu perancangan kerajaan untuk merancakkan pertumbuhan dan meningkatkan daya saing industri sawit menerusi inisiatif program pemilikan sijil Minyak Sawit Mampan.
Beliau berharap melalui kerjasama dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan membolehkan Malaysia meneroka pasaran baharu bagi memasarkan produk kelapa sawit.
“Bagi memperkasa sektor pertanian, Wisma Putra akan membantu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mencari ruang pasaran baharu bagi produk makanan berasaskan sektor pertanian negara. Platform forum-forum antarabangsa adalah bersesuaian bagi merancang pelaksanaan inisiatif-inisiatif baharu berkaitan sekuriti makanan,” jelas beliau.
Hishamuddin juga menegaskan komitmen dalam berkerkasama dengan Kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri merealisasikan perancangan kerajaan di bawah matlamat kelangsungan perniagaan iaitu untuk memacu pelaburan ke dalam negara.
“Usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi aktiviti perkhidmatan bernilai tinggi, Wisma Putra akan mengambil langkah segera memanfaatkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 minggu hadapan dan APEC 2020 bagi menyakinkan negara-negara ini menjadi rakan strategik ekonomi Malaysia.”
Bagi pelajar-pelajar yang menghadapi masalah ekoran pandemik Covid-19, Wisma Putra akan membantu dan memudahcara Kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi dengan kementerian sama di negara-negara terlibat menerusi Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negara, jelasnya.
“Kita sokong penuh perancangan kerajaan di bawah agenda matlamat pembangunan lestari untuk menubuhkan Dana Amanah Malaysia-SDG atau MySDG Trust Fund dengan Kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia,
“Perancangan ini dapat dilaksanakan dengan baik kerana Kerjasama yang sedia ada antara Malaysia dan PBB sememangnya cukup erat,
“Wisma Putra bersedia bekerjasama dengan semua kementerian demi kepentingan negara dengan memanfaatkan hubungan diplomasi Malaysia dengan rakan negara seluruh dunia,” katanya. -SuaraTV