Duti Eksais 10 Peratus Bagi Rokok Elektronik dan Bukan Elektronik

- Advertisement -

PETALING JAYA – Perokok mengeluh panjang selepas kerajaan mengumumkan duti eksais pada kadar “ad valoran” (mengikut nilai) 10% ke atas semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape mulai 1 Jan 2021.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, dalam ucapan Belanjawan 2021 petang tadi, juga mengumumkan cecair rokok elektronik dikenakan duti eksais pada kadar 40 sen setiap mililiter.

Keputusan kerajaan itu berkemungkinan memaksa perokok peranti elektronik dan bukan elektronik membayar harga lebih tinggi untuk tabiat mereka itu.

Rokok juga akan dikenakan cukai di semua pulau bebas cukai mulai Januari depan.

Tengku Zafrul berkata pengeluaran lesen import untuk rokok baharu dibekukan manakala pembaharuan lesen import diperketat dan dikenakan kuota.

Selain itu, beliau turut mengumumkan aktiviti penghantaran atau transshipment rokok akan dihadkan kepada pelabuhan tertentu.

Selain itu, cukai dengan kemudahan pulang balik atau “drawback” dikenakan ke atas semua rokok import bagi tujuan “transhipment” dan eksport semula. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat