Elon Musk didakwa kerana enggan beri Keterangan mengenai siasatan Twitter

- Advertisement -

NEW YORK: Elon Musk berdepan tindakan undang-undang oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) susulan beliau menolak memberi keterangan berhubung pembelian Twitternya pada 2022, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Sepina telah disampaikan kepada Musk, tetapi beliau gagal hadir di mahkamah pada 15 Sept, menurut aduan yang difailkan oleh peguam SEC di daerah utara California pada Khamis, lapor NBC News.

“Keengganan berterusan Musk untuk mematuhi sepina pentadbiran SEC telah menghalang dan melambatkan siasatan kakitangan SEC bagi menentukan sama ada pelanggaran undang-undang sekuriti persekutuan telah berlaku.

“Oleh itu, SEC kini meminta mahkamah untuk memaksa Musk hadir untuk keterangan penyiasatan, ” kata peguam itu.

Siasatan SEC berkaitan dengan pelanggaran undang-undang sekuriti yang mungkin berlaku apabila Musk memperoleh syarikat itu dengan nilai US$44 bilion.

Jutawan teknologi itu didakwa telah mengelak pelbagai percubaan SEC untuk bertemu dengannya, walaupun agensi itu menawarkan untuk menjadualkan pertemuan di Fort Worth, Texas, “pejabat SEC yang paling hampir dengan kediaman peribadi Musk ketika ini”, menurut SEC.

Bagaimanapun, Peguam Musk Alex Spiro, memberi respons kepada tuntutan itu dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada Barron.

“SEC telah mengambil keterangan Musk beberapa kali dalam penyiasatan yang salah ini – sudah cukup,” katanya.

— BERNAMA-dpa

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat