“Maaflah Jika Abah Mula Gunakan Rotan” – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Maaflah jika abah ini mula menggunakan rotan sekarang, marilah kita bersama-sama tanpa mengira pangkat dan darjat untuk sekali lagi melandaikan lengkung jangkitan Covid-19,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau memberitahu meskipun kerajaan tidak memikirkan pelaksanaan ‘total lock down’ seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, namun, petugas barisan hadapan dikerahkan semula ke tempat-tempat awam bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, sebarang pelaksanaan kerajaan akan mendapatkan input daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu termasuklah melaksanakan cadangan SOP tambahan jika perlu.

“Bagaimanapun, perkara yang amat dikehendaki pada masa ini ialah kita semua mesti patuh kepada SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Petugas di barisan hadapan dari agensi-agensi penguatkuasaan akan dikerah semula ke tempat-tempat awam untuk memastikan pematuhan ini, jika ada yang melanggar undang-undang.

“Ingat kita pernah berjaya melandaikan lengkung jangkitan Covid-19 sebelum ini. Hal demikian, saya percaya dan yakin kita akan dapat bersama-sama melandaikannya sekali lagi, Insyaallah kita doakan mudah-mudahan kita semua akan menang akhirnya,” kataya pada sidang media, hari ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa jangkitan Covid-19 tidak mengenal pangkat dan darjat, oleh itu semua orang tidak boleh leka.

Malah Muhyiddin turut menjangkakan lonjakan kes yang mendadak dalam tempoh terdekat ini susulan KKM menjalankan ujian saringan lebih agresif melibatkan tahanan dalam penjara.

“Sebagai ketua kerajaan, saya akan memantau secara dekat perkembangan-perkembangan tersebut untuk membuat keputusan penting.

“Kita mesti bersama-sama, jangan mudah panik atau buat kesimpulan sendiri. Selain itu, elakkan penyebaran berita palsu yang membuatkan kita keliru. Sesungguhnya setiap keputusan kerajaan berasakan data dan fakta,” tegasnya.

Muhyiddin juga membidas tindakan sesetengah pihak yang menuding jari meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak berhubung situasi semasa jangkitan wabak ini.

“Ada pihak menangguk di air keruh, mempolitikkan keadaan negara.

“Jangan kita pedulikan mereka,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat