Jangkitan Penularan Kes Covid-19 Rendah dan Terkawal

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah sebentar tadi mengumumkan pertambahan 691 kes baru Covid-19, dengan 4 kematian berlaku hari ini.

Walaupun jumlah itu setakat ini merupakan yang tertinggi sejak Perintah Kawasan Pergerakan (PKP) pelbagai peringkat dilaksanakan 18 Mac lepas, tapi rakyat secara umumnya tidak ada sebab untuk merasa bimbang.

Ini berikutan lebih separuh jumlah kes iaitu 394 kes adalah dari Kluster Tembok (dalam penjara) di Kedah, yang mana kesemua mereka terasing dari orang awam. Justeru, risiko penularan jangkitan amat rendah dan terkawal.

Di Sabah pula, 219 kes adalah dari zon merah iaitu kawasan yang telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara pentadbiran.

Ini menjadikan keseluruhannya, hanya 78 kes baru sahaja yang dikesan menular di luar zon-zon merah ini.

Walaupun begitu, rakyat diminta untuk terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan, di samping mengelak dari menyebarkan berita tidak pasti sehingga menyebabkan kekeliruan – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat