Bekalan Air 274 Kawasan Di Selangor Dijangka Kembali Pulih Malam Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekalan air di semua 274 kawasan terjejas dijangka pulih secara berperingkat bermula tengah malam ini hingga 6 petang Jumaat, selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih memulakan operasinya pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman berkata, pada masa ini proses penstabilan rawatan air sedang dijalankan, sebelum mula diagihkan kepada pengguna terawal mulai 12 tengah malam ini.

“Pemulihan sepenuhnya dibahagikan kepada 3 kumpulan utama, kumpulan pertama merangkumi 145 kawasan yang akan menerima bekalan air sepenuhnya menjelang pukul 6 petang Rabu.

“Kumpulan ke-2 merangkumi 91 kawasan pada 6 petang Khamis ini, manakala kumpulan ke-3 merangkumi 38 kawasan akan menerima bekalan air sepenuhnya pada pukul 6 petang Jumaat ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam perkembangan lain Suhaimi berkata, sampel air yang diambil dari LRA Bukit Tampoi masih berada pada tahap 3 TON dan kerja pembersihan masih dijalankan.

“Pengguna dinasihat untuk menggunakan air secara berhemat, bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar seperti dijadualkan,” katanya.

Sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas operasi di LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan pada 4.30 petang semalam.

Pengguna di kawasan yang terjejas disaran merujuk saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com, untuk mendapatkan jadual pemulihan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat