Juruterbang Taiwan Tembak Jatuh 2 MIG-17 China Dalam Satu Pertempuran, Meninggal

- Advertisement -

TAIWAN: Antara konflik antarabangsa yang sepi dari mata dunia ialah yang berlaku antara China dan Taiwan.  Tidak ramai tahu bahawa 2 negara itu pernah berada di ambang peperangan beberapa kali sebelum ini.

Ia adalah pada 21 Julai 1956 apabila 4 buah pesawat F-84 Thunderjet Tentera Udara Taiwan (RoCAF) – salah satunya dipandu Ouyang Yi Fon, ketika itu berumur 27 tahun, sedang melakukan misi pengintipan berhampiran Matsu, apabila mereka bertembung dengan 8 buah pesawat pejuang MIG-17 PLAAF China.

F-84 adalah pesawat pejuang yang jauh ketinggalan berbanding MIG-17, lebih ketinggalan dari MIG-15 pun yang digunakan dalam perang Korea beberapa tahun sebelum itu.  Mula dikeluarkan pada tahun 1944 oleh Amerika Syarikat, berbanding MIG-17 buatan Soviet Union yang baru sahaja digunakan PLAAF.

Dalam pertempuran itu, Ouyang berjaya menembak jatuh 2 buah MIG-17 dan merosakkan 2 buah lagi dalam pertempuran jarak dekat (dogfight).  Tiada siapa menyangka F-84 yang dipandu Ouyang mampu menewaskan MIG-17 yang jauh lebih unggul, apatah lagi Ouyang hanya mempunyai 3 tahun pengalaman mengendalikan F-84 sebelum itu.

Berikutan kejayaan tersebut, Ouyang menjadi juruterbang pesawat pejuang pertama di dunia yang berjaya menjatuhkan MIG-17 dan kerana itu kerajaan Taiwan mengurniakan 2 pingat tertinggi negara tersebut, Order of Blue Sky dan White Sun kepada beliau.

Pada 6 Mei 2020, Ouyang, kini berusia 90 tahun, menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat penyakit tua. Kematiannya diratap sebagai kehilangan seorang jaguhan (Ace) oleh rakyat Taiwan.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat