Tom Cruise & NASA Kerjasama Buat Filem Di Angkasa Lepas

- Advertisement -

New York: Tom Cruise mahu membuat filem di stesen angkasa lepas dan NASA berkata ia boleh dilakukan.

Ketua agensi angkasa lepas tersebut berkata mereka akan bekerjasama dengan Tom Cruise untuk membuat filem tentang Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Jurucakap NASA mengesahkan kepada CNN bahawa Cruise akan dilancarkan ke angkasa lepas dan ditempatkan di ISS – sebuah makmal bernilai ratusan billion dollar yang mengelilingi orbit, 250 batu di atas bumi.

Angkasawan telah menduduki ISS secara berganti-ganti sejak tahun 2000, termasuk beberapa pelancong berbayar turut pernah membuat hentian di sana – CNN

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat