Kau Lupa Saman Saya Ke? Soal Najib Pada Lid

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kembali menyindir Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berhubung notis tuntutan saman fitnah yang pernah disuarakan dahulu.

Najib secara sinis, mendakwa telah menunggu hampir 2 bulan, namun masih belum menerima sebarang tuntutan saman daripada Khalid.

“Ko lupa saman saya ke? Dah hampir dua bulan dah.

“Lid nafi dia pernah tuduh YDP bertindak rasis apabila dia tuduh YDP Agong tidak memilih Anwar sebagai PM kerana majority ahli parlimen yang sokong Anwar adalah bukan Melayu.

“Dia buat PC untuk umum dia nak saman saya masa itu,” tulisnya di laman Facebook sebentar tadi.

Melalui status yang sama, Najib turut memuatnaik kembali rakaman ucapan Khalid berhubung isu tersebut.

Bekas menteri Wilayah Persekutuan itu sebelum ini berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Najib kerana menuduh dirinya mengeluarkan kenyataan mempertikaikan Perlembagaan dan Yang di-Pertuan Agong sebagai rasis.

Khalid melalui satu sidang akhbar pada Mac lalu berkata akan menghantar tuntutan saman dalam jumlah yang besar kepada Najib.

“Bagi Najib, ini lagi best. Tunjuk pada saya di mana saya kata Agong rasis. Peguam saya akan set jumlah yang lebih besar bagi Najib kerana dia duit lagi banyak.

“Tuduhan yang dibuat adalah satu tuduhan serius dan memang tidak ada langsung keluar daripada mulut saya,” katanya.

Menurut Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) itu jumlah saman yang dituntut itu adalah relevan kerana pertuduhan dibuat terhadapnya amat serius. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat