Ragam Mahkamah Peguam Najib lambatkan penyudah kes, tak bantu pesalah telah dihukum

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Laporan media mutakhir ini menampakkan semakin jelas keterdesakan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd.

Menurut Tokoh Wartawan Nasional, Datuk A. Kadir Jasin sejak perbicaraan di Mahkamah Tinggi lagi, umum sudah tahu yang pasukan pembelaan Najib akan melalukan apa saja “to buy time” bagi melambat-lambatkan penyudahan kes ini jika mereka tidak yakin dengan hujah dan bukti mereka.

“Ini adalah taktik biasa dalam perbicaraan kes-kes besar dan sensasi.

“Sedangkan ‘loyar buruk’ pun tahu bahawa ragam mahkamah (courtroom antics) tidak akan membantu pesalah yang telah dihukum seperti Najib,” kata A. Kadir di Facebooknya, hari ini.

Ujar beliau, sepatutnya dalam hujah pembukaan di Mahkamah Rayuan ini, mereka mengutamakan pengukuhan bukti dan hujah bahawa anak guaman mereka tidak mendapat “fair trial” (perbicaraan yang adil).

Sebaliknya kata A. Kadir mereka menyerang Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, dengan menggunakan frasa seperti ‘hopelessly incompetent” (langsung tidak cekap) dan “poisoned his judgment” (meracuni penghakimannya).

“Realitnya, mereka sendiri yang bersalah kerana gagal menimbulkan “reasonable doubt” terdadap kes pendakwa raya sehingga menyebabkan Hakim, Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman bersalah ke atas anak guaman mereka.

” Kalau mereka berjaya menimbulkan keraguan yang berpatutan (reasonable doubt) sudah tentulah anak guaman mereka telah dibebaskan.

” Dalam bahasa yang mudah, bekas Perdana Menteri itu mungkin berakhir dengan meringkuk dalam penjara kerana kegagalan pasukan pembelaannya menyangkal hujah dan bukti pihak pendakwa.

” Dalam keterdesakan itu mereka menyerang Hakim Mohd Nazlan sehingga mereka pula di”reprimand” (tegur) oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Karim Abdul Jalil, yang mempengerusikan panel tiga hakim yang mendengar rayuan Najib itu.

” Abdul Karim menasihatkan ketua pembela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, supaya lebih bersopan santun dalam berbahasa,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat