Masyarakat Perlu Ada Kesedaran Membendung Pencemaran Sumber Air Mentah- Ranhill SAJ

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Syarikat Air Johor (Ranhill SAJ) menyarankan masyarakat perlu mendapat kesedaran untuk membendung ancaman pencemaran sumber air mentah terutamanya di kawasan hulu sungai.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Tuan Hj Sr. Nor Ifuan Md Nor menegaskan, kesedaran itu perlu memandangkan kawasan hulu sungai adalah punca utama untuk air terawat.

Menurutnya lagi, kebersihan sungai adalah tanggungjawab bersama semua pihak.

“Hari Air Sedunia pada tahun ini bertemakan ‘Hargai Air’ yang memfokuskan kesedaran masyarakat dunia terhadap krisis air dan sokongan padu terhadap pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa-bangsa Bersatu yang ke-6 iaitu memastikan semua penduduk dunia mendapat air yang bersih menjelang 2030”.

Beliau juga menyatakan, masalah pencemaran yang berlaku di Sungai Skudai ini akan memberi impak kepada operasi rawatan air.

Tegasnya, apabila bacaan parameter ammonia terlalu tinggi, pihak Ranhill SAJ akan terpaksa menghentikan operasi rawatan air dan sekiranya masalah ammonia mengambil masa untuk pulih, ia juga akan menganggu bekalan air bersih di kawasan sekitar Johor Bahru.

Untuk itu, Ranhill SAJ melancarkan sebuah pertubuhan “Sahabat Sungai Skudai” bagi menghidupkan aktiviti-aktiviti rekreasi di sekitar denai Sungai Skudai untuk menarik minat komuniti setempat bersama-sama menyayangi serta menjaga kebersihan sungai tersebut yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk I.r Hasni Mohamad, sebentar tadi.

Terdahulu dalam ucapan perasmian Program Sayangi Sungai Skudai bersempena dengan Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Johor 2021, Hasni menyeru kerjasama semua pihak termasuk komuniti setempat sekiranya terlihat sebarang aktiviti mencurigakan agar segera melaporkan kepada pihak berwajib kerana tindakan itu boleh menyelamatkan sungai dari terus tercemar. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat