Najib lega Ziana Zain bersuara isu skandal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pernah suatu ketika sekitar pertengahan 90-an negara digemparkan dengan gosip kononnya Datuk Seri Najib Razak berskandal dengan penyanyi dan pelakon sensasi, Ziana Zain.

Namun, hari ini bekas Perdana Menteri itu pula menzahirkan rasa lega apabila Ziana buka mulut isu gosip yang pernah melanda mereka berdua.

Ziana dalam satu temubual memberitahu bahawa gosip liar itu langsung tidak menjejaskan kerjaya seninya kerana skandal itu tidak pernah berlaku.

“Orang akan cuba gosipkan kita dengan perkara yang kita tak pernah buat dan tidak terfikir boleh keluar.

“Saya ambilnya dengan redha selagi ibu bapa saya tahu siapa saya, saya tahu siapa saya,” ujar Ziana.

Najib yang lega dengan pengakuan Ziana itu, akhirnya juga mula bersuara.

“Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab.

“Dulu, blog-blog propaganda pro-PH pernah kaitkan saya dengan dia.

“Sumber maklumat sahih blog-blog pro-PH itu?

“Komen yang ditinggalkan oleh akaun palsu di dalam forum internet,” kata Najib. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat