Gangguan bekalan air di Kluang akibat paip pecah telah pulih – Ranhill SAJ

- Advertisement -

KLUANG – Gangguan bekalan air akibat paip pecah di Jalan Sri Lalang, Kluang pada 2 Februari lalu telah pulih dan sehingga malam ini dianggar 95 peratus akaun yang terjejas telah menerima semula bekalan air.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Sr. Nor Ifuan Md. Nor, kerja-kerja pembaikan siap pada 4 Februari lalu dan Loji Rawatan Air Semberong Barat kini beroperasi sepenuhnya mulai jam 4.30 petang hari yang sama.

Sejak itu penduduk di Kluang mula mendapat bekalan air secara berperingkat kecuali kawasan-kawasan yang berada di lokasi yang tinggi; antaranya adalah kawasan Taman Kluang Barat membabitkan kira-kira 500 akaun pengguna.

Namun, 11 Lori tangki digerakkan bagi memenuhi permintaan pengguna di kawasan itu sejak petang semalam.

Makluman awal gangguan bekalan air sudah pun dikeluarkan kepada kira-kira 50 ribu pemilik akaun bekalan air di Kluang yang terbabit melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

“Namun, kami melihat masih ramai yang belum mengemaskini data peribadi mereka untuk mendapatkan makluman terkini bekalan air mereka sehinggakan Ranhill SAJ hanya dapat mencapai kira-kira 50 peratus pemilik akaun sahaja katanya.

Nor Ifuan menggesa orang ramai untuk terus menggunakan saluran aplikasi My SAJ untuk berkomunikasi kerana dalam situasi PKP ini saluran digital amat penting.

Orang ramai terbabit tidak perlu bimbang kerana bekalan air secara normal dijangka menyusul menjelang tengah malam ini.

Kronologi

Pada 2 Februari jam 5.51 petang Ranhill SAJ Info Center (SAJIC) telah menerima laporan paip pecah berhampiran Jalan Sri Lalang.

Siasatan mendapati kebocoran kuat berlaku di “washout chamber” pada jajaran “pumping main” berdiameter 1200mm yang menyalurkan air dari Loji Sembrong Barat ke tangki pengimbang Bukit Mengkibol. Bahagian yang gagal tidak dapat dikenalpasti disebabkan kedudukan paip yang dalam.

Kerja-kerja kecemasan telah dilaksanakan segera termasuk enutupan sementara loji dibuat pada sebelah malam untuk elakkan gangguan bekalan pada waktu puncak.

Pada malam yang sama Ranhill telah membuat pemakluman kerja kecemasan melalui “SMS blast” di keluarkan kepada pengguna yang dijangka akan terjejas. Sejumlah 24,000 sms telah berjaya disampaikan (merangkumi 50 peratus daripada akuan yang terlibat).

Manakala pada jam 10 malam kerja pengorekan pada lokasi pecah dimulakan dijangka mengambil masa 14 jam.

Memandangkan lokasi punca kebocoran agak dalam di samping kesukaran ditapak, penutupan loji diputuskan untuk ditangguhkan sementara sehingga tahap kegagalan dikenalpasti.

Pada Jam 12 malam, 3 Februari pula kerja-kerja “hacking washout chamber” dari jenis konkrit bertetulang terpaksa dilakukan menggunakan breaker.

Pada jam 4 pagi, bahagian yang bocor didapati terbungkus dengan “thrust block” dari konkrit tetulang yang tebal. Kerja hacking diteruskan dengan berhati-hati agar tidak mencederakan paip,” katanya dalam satu kenyataan media.

Susulan itu pada tengah hari 3 Februari, operasi loji dihentikan dan kerja-kerja “dewatering” bermula bagi membolehkan kerja-kerja “hacking thrust block” diteruskan diikuti kerja-kerja pembaikan dengan kaedah kimpalan.

“Sebahagian daripada bahagian yang bocor kuat hanya dapat dilihat menjelang lewat petang. Kerja-kerja memecahkan thrust block hanya berjaya disiapkan lewat malam.

Pada 12 malam, 4 Februari kerja kimpalan dimulakan. Bagaimanapun kerja kimpalan yang telah siap 50 peratus terpaksa dihentikan disebabkan kimpalan lapisan kedua tidak dapat dibuat memandangkan permukaan paip asal yang telah lemah.

“Pada 7 pagi hari yang sama Ranhill SAJ menjalankan alternatif pembaikan kedua menggunakan “blank flange”. Kerja-kerja hanya siap jam 4.15 petang hari yang sama. Penyusunan strategi pemulihan bekalan turut dibuat,” jelasnya.

Ranhill memberitahu, pada masa yang sama pihak daerah turut memaklumkan isu ini kepada Ahli Parlimen Parlimen, Adun, Ketua-ketua Masyarakat dan Tok Penghulu secara tidak rasmi menerangkan situasi yang berlaku.

“Pada sebelah petang Loji Sembrong Barat beroperasi semula. Pemulihan bekalan berlaku secara berperingkat bermula dengan kawasan rendah.

11 lori tangki air RSAJ telah turut di gerakkan untuk membantu pengguna kritikal seperti Hospital, pusat dialysis, rumah orang-orang tua dan juga kawasan-kawasan tinggi / penghujung sistem bekalan.
Anggota-anggota telibat telah bersedia di tapak untuk kerja-kerja pemulihan bekalan.

Pada tengah malam 5 Februari, air telah mula sampai kepada pengguna dikawasan rendah. Peratus pemulihan telah mencapai 85 peratus dan 90 peratus menjelang jam 8.00 pagi dan 4.00 petang, kecuali pada kawasan-kawasan tinggi dan jauh dihujung sistem (dibantu berterusan dengan penghantaran air melalui 11 unit tanker RSAJ),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat