Buku Tommy Thomas Menjurus Penghinaan – Takiyuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Buku My Story: Justice in the Wilderness” tulisan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas jelas menjurus kepada unsur ‘penghinaan’ serta bersifat “mala fide”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia menjatuhkan integriti serta maruah institusi perundangan negara amnya dan pegawai-pegawai undang-undang khasnya.

“Adalah amat jelas pada umumnya Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah merupakan institusi perundangan yang sentiasa bersikap terbuka serta menerima baik segala pandangan dan cadangan dari dalam dan luar mahupun kritikan yang membina.

“Inilah sikap kita yang menghormati prinsip kebebasan asasi yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita anggap teguran yang membina itu boleh meningkatkan lagi kualiti pelaksanaan tugas-tugas kehakiman dan perundangan dalam kalangan pegawai-pegawai kita. Walau bagaimanapun, teguran tersebut hendaklah dibuat dengan niat ikhlas,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu kata Takiyuddin, proses keadilan tidak boleh dilaksanakan dengan baik, lancar dan berkesan tanpa sokongan daripada pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara dan di Mahkamah serta juga pengamal undang-undang di sektor swasta.

Tambahnya, integrasi serta kerjasama ketiga-tiga sektor ini mampu memastikan undang-undang dan keadilan dapat ditegakkan dalam masyarakat kita.

“Saya turut yakin kebolehan, komitmen, dedikasi, kemahiran serta kejujuran pegawai-pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara dan di Mahkamah tidak boleh dipersoalkan sama sekali.

“Setiap tugasan yang dilaksanakan mereka adalah mengikut lunas undang-undang secara tersurat mahupun tersirat, tidak sekali-kali mengikut selera sendiri malah jauh dari bertujuan meraih populariti di mata mana-mana pihak.

“Justeru itu saya memberi jaminan pihak Kerajaan akan sentiasa memerhatikan dan bertindak mengikut undang-undang terhadap sebarang usaha memperkecilkan badan perundangan dan kehakiman serta pegawai-pegawainya. Tegasnya prinsip ‘the rule of law’ perlu dijadikan garis panduan bagi setiap individu mahupun kumpulan dalam membuat sesuatu keputusan dan pertimbangan,” tegasnya – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat