Mesyuarat UMNO secara online ‘tak karan’ kata Mahdzir Khalid

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan mesyuarat UMNO yang diadakan secara dalam talian tidak karan.

Mahdzir yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Terap berkata, walaupun mesyuarat tersebut tidak meriah seperti sebelumnya, namun mereka akur demi untuk memastikan rantaian virus Covid-19 akan segera diputuskan.

“Dek kerana Covid-19, la ni semua kena buat ‘online’. Petang tadi Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Kedah secara online. Kalau ikut tu, memang tak karan sangat.

“Tapi SOP tidak membenarkan mesyuarat secara bersemuka, kita ikut saja la. Tanggungjawab kita semua untuk memutuskan rantaian Covid-19,” katanya melalui satu muatnaik di laman Facebook sebentar tadi.

Sementara itu, Wanita UMNO Kedah pada Jumaat mahu satu siasatan segera dilakukan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkaitan bukunya bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang didakwa berunsur fitnah dan hasutan.

Ketuanya, Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah berkata, Tommy telah melanggar sumpah kerahsiaan jawatan dengan mendedahkan kepada umum bagi tujuan komersial, keuntungan dan sensasi selain melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972.

Menurutnya, sehubungan itu, Wanita UMNO Kedah membuat laporan polis secara serentak di semua 15 bahagiannya bagi membantah penjualan buku berkenaan kerana mengandungi fitnah, hasutan dan mendedahkan rahsia kerajaan.

“Petikan dalam buku tersebut telah diedarkan melalui pelbagai media. Beberapa tajuk dalam buku tersebut menunjukkan kandungannya berkait dengan hal kerahsiaan kerajaan dan negara termasuk perbincangan serta nasihat diberikannya kepada Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Sharifah Maznah berkata, maklumat yang didedahkan itu turut berkait dengan maklumat diperoleh Tommy dalam bidang tugas sebagai peguam negara antara tahun 2018 hingga 2020.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat