Jenama BN di Sabah tak lapuk, gerak solo strategi akhir – Rahman Dahlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR –  Timbalan Ketua Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyangkal dakwaan kononnya jenama Barisan Nasional (BN) ‘telah lapuk’ di Sabah yang menyukarkannya mencipta kejayaan termasuk menawan negeri itu pada PRN dijangka tahun depan.

Menjawab label diberikan penganalisis politik Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah, Rahman berkata keputusan PRN berlangsung empat tahun lalu menunjukkannya masih diterima.

“Sebenarnya jenama BN Sabah tidak lapuk.

“Dalam pilihan raya negeri (PRN Sabah) 2020, BN masih memperolehi lebih banyak kerusi DUN berbanding dengan sebahagian besar parti-parti politik bertanding pada waktu itu,” katanya merujuk keputusan 14 kerusi dimenangi komponen itu pada PRN lalu.

Semalam, media melaporkan kenyataan Bilcer yang dipetik berkata jenama BN di Negeri Bawah Bayu itu kini dilihat sudah lapuk dan memerlukan transformasi menerusi kerjasama dengan parti lain untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang dilaporkan berkata gabungan itu bersedia bergerak solo pada PRN akan datang jika tiada kesepakatan kerjasama dicapai dengan parti lain, lapor FMT pada Selasa.

Pada 28 Okt lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata pihaknya sudah memuktamadkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi PRN Sabah dan pada masa sama tidak menolak kemungkinan penyertaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dalam pada itu, Rahman berpandangan bergerak solo hanya boleh menjadi strategi akhir untuk mana-mana parti politik di Sabah termasuk BN jika gabungan strategik tidak dapat dicapai.

“Dalam keadaan di mana semua parti politik ada kekuatan dan kelemahan masing-masing, parti politik perlu meletakkan kestabilan Sabah sebagai agenda utama.

“Risiko politik Sabah terjerumus kepada ketidakstabilan adalah tinggi jika semua parti mahu bergerak bersendirian tanpa bergabung,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat