SPRM serbu 4 lokasi FashionValet serentak, Vivy dan suami bersoal jawab dengan penyiasat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Empat lokasi syarikat FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) di ibu negara diserbu serentak oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Serbuan ke atas rangkaian FashionValet ini dikaitkan dengan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RMRM43.9 juta.

Dalam siaran di laman TikTok rasmi SPRM pada Isnin, sebanyak empat lokasi berkaitan syarikat itu di ibu negara disahkan dibongkar penyiasat SPRM, sepanjang hari ini.

Menerusi siasatan itu, kelihatan sekumpulan pegawai SPRM masuk ke ibu pejabat berkenaan dan kemudiannya memeriksa beberapa dokumen mengenai pelaburan dua buah agensi berkaitan kerajaan (GLC) dalam syarikat itu.

Turut kelihatan, dua individu dipercayai usahawan fesyen yang juga pengasas bersama FashionValet iaitu Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar ‘bersoal jawab’ dengan penyiasat SPRM di salah satu pejabat berkenaan.

Namun kedua-dua wajah mereka dimozekkan dalam rakaman disiarkan di TikTok SPRM itu.

Ia juga menyatakan, siasatan berkenaan dilakukan mengikut Sekyen 18, Akta SPRM.

“Semua empat lokasi itu diserbu serentak hari ini,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya menyiasat pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Khazanah pada 2 November lalu mengarahkan audit dalaman berhubung perkara itu.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis Parlimen pada 28 Oktober lalu, menyatakan nilai saham Khazanah Nasional dan PNB dalam FashionValet menurun hampir RM44 juta apabila perniagaan itu dijual pada 2023 berbanding jumlah yang dibelanjakan pada 2018.

Ia juga menyatakan Khazanah melabur RM27 juta dan PNB RM20 juta untuk memperoleh pegangan minoriti dalam jenama fesyen itu dalam rancangan untuk meningkatkan perniagaan Bumiputera dalam sektor e-dagang.

Bagaimanapun, MoF berkata FashionValet kemudiannya dilanda masalah kewangan ketika pandemik Covid-19, walaupun tempoh sama meningkatkan jualan banyak perniagaan e-dagang tempatan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat