Tukar Pertuduhan: Tak Setimpal Dengan Nyawa Adib Yang Dibunuh

China Janji Kongsi Vaksin COVID-19 Pada Harga Munasabah

BEIJING: China akan berkongsi vaksin COVID-19 dengan negara lain pada harga berpatutan, kata jurucakap Kementerian Luarnya, semalam. "Vaksin dari pelbagai negara sedang dibangunkan. Tidak dapat...

Lantik Menteri Cina Dalam Kabinet Negeri – Dong Zong

KOTA KINABALU: Dong Zong Sabah meminta pelantikan menteri Cina dalam Kabinet Negeri yang baru dibentuk. Pengerusinya, Datuk Jimmy Yong Kyok Ming berkata, masyarakat Cina...

Pemilihan Presiden USA: Biden Menang Pusingan Pertama Debat Dgn Trump

SEJARAH akan mencatatkan bahawa Joe Biden memenangi perbahasan pada Selasa malam dengan menunjukkan satu perkara penting: dia tidak nyanyuk. Selama 47 bulan terakhir, tingkah...

Usahawan IKS Digalak Francaiskan Produk – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) terus menggalakkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro untuk memfrancaiskan produk mereka...

Malaysia negara ke-46 haram senjata nuklear – Hishammudin

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini meratifikasi Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) dan muncul sebagai negara ke-46 melaksanakan komitmennya untuk berbuat demikian. Menteri Luar, Datuk...

Kuala Lumpur – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan keputusan kerajaan yang hanya mengemukakan pertuduhan menyertai perhimpunan awam dalam kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

“Sewajibnya, pendakwaan yang patut dikenakan kepada mereka yang terlibat adalah kesalahan yang berkaitan dengan jenayah membunuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Bab 16 Kanun Keseksaan dan bukannya kesalahan himpunan haram,” kata Zahid.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin semalam berkata 12 orang suspek telah dituduh bawah Seksyen 143 Kanun, iaitu berkaitan penyertaan dalam perhimpunan menyalahi undang-undang.

Polis juga mengesyorkan inkues baru diadakan.

Menulis di Facebook, Zahid berkata cadangan tersebut seolah-olah menidakkan keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September 2019 yang memutuskan punca kematian Adib disebabkan perbuatan jenayah membabitkan dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Zahid juga berkata pertuduhan bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan hanya memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

“Ini tidak setimpal dengan nyawa seorang Penjawat Awam yang telah dibunuh,” katanya.

Berkaitan cadangan mengadakan semula inkues, Zahid berkata walaupun dibenarkan oleh undang-undang, ia jelas membuang masa dan “melengahkan lagi keadilan” terhadap arwah dan keluarganya.

Muhammad Adib, 24, dari Balai Bomba Subang Jaya, meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 17 Disember 2018 selepas 21 hari dirawat.

Dia mengalami kecederaan semasa bertugas ketika berlaku rusuhan berkaitan pertikaian kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor, pada 26 Nov 2018.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Anwar Dakwa 120 MP Sokong, Tak Tunjuk Senarai Nama Kepada PH – Sinchew Daily

PETALING JAYA – Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan telah mendapat sokongan lebih 120 wakil rakyat untuk membentuk kerajaan, tetapi Presiden PKR itu tidak...

Ahli Parlimen Batu Sapi Koma, Dipercayai Radang Paru-Paru

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan koma dipercayai akibat jangkitan radang paru-paru. Perkara itu disahkan...

Lahad Datu : Polis Sabah Akan Rekod Keterangan Mohamaddin

KUALA LUMPUR- Polis Sabah akan merekod kenyataan bekas menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi dalam masa terdekat berhubung dakwaan kononnya pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada...