Kesan Covid-19, Disney Lapor Kerugian

- Advertisement -

AKIBAT penularan pandemik Covid-19, syarikat Walt Disney dilaporkan mengalami kerugian yang ketara pada suku tahun ketiga 2020.

Pendapatan keseluruhan Disney dalam tempoh tiga bulan berakhir 27 Jun merosot 42% tahun ke tahun kepada AS$11.78 bilion.

Pendapatan sesaham turut menyaksikan kerugian AS$2.61 berbanding pendapatan 79 sen pada suku tahun sebelumnya, menurut kenyataan syarikat itu.

Disney dilaporkan mencatatkan keuntungan 3.5 bilion dolar untuk pendapatan operasinya, penurunan 85% berbanding tahun sebelumnya.

“Covid-19 memberi kesan dan langkah-langkah pencegahan yang diambil mempengaruhi segmen kami terutamanya untuk aktiviti seperti di taman tema,” kata syarikat itu seperti dilapor agensi berita Xinhua.

Disney menutup taman tema dan resort di Amerika Utara, perniagaan kapal pesiaran dan Disneyland Paris pada pertengahan Mac, manakala taman dan resort di Asia ditutup lebih awal.

Taman tema Disney di China, termasuk Disneyland Shanghai dan Disneyland Hong Kong, ditutup sejak Januari.

Pada Mei lalu, Disneyland Shanghai mengumumkan mereka kembali beroperasi selepas beberapa bulan ditutup.

Manakala Disneyland Hong Kong kembali beroprasi pada akhir Jun tetapi terpaksa ditutup kembali pada Julai.

Pendapatan Studio Entertainment untuk suku tahun itu juga menurun 55% menjadi AS$1.7 bilion.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat