Bersatu Pandang Serius Keputusan UMNO Tiada Kerjasama Pada PRU15 – Hamzah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, parti itu memandang serius keputusan UMNO yang menegaskan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Bersatu memandang serius terhadap kandungan surat tersebut kerana ia mempunyai implikasi yang besar terhadap kerjasama di masa hadapan antara Umno, Bersatu dan Perikatan Nasional.

“Dalam hal ini, Bersatu memutuskan untuk terus fokus memperkasakan gerak kerja bersama rakan-rakan dalam Parti Perikatan Nasional iaitu PAS, STAR, SAPP dan Gerakan berlandaskan perjuangan yang jujur dan ikhlas kepada rakyat bagi memenangi pilihanraya akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah mesyuarat Bersatu pada petang tadi turut menzahirkan kesyukuran atas kejayaan kerajaan PN sepanjang tempoh setahun mentadbir negara selepas kejatuhan kerajaan PH.

“Dalam tempoh pentadbiran satu tahun itu, kerajaan Perikatan Nasional telah berjaya menjulang prinsip-prinsip urus tadbir kerajaan yang baik, telus serta berintegriti terutamanya dalam memelihara kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang.

“Dalam menghadapi pandemik Covid-19 dan situasi ekonomi yang mencabar, kestabilan politik adalah amat penting bagi memastikan segala perancangan kerajaan dapat direalisasikan dengan berkesan,” katanya lagi.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan hanya akan menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan dan tiada kerjasama antara UMNO dengan Bersatu pada PRU15.

Ujarnya, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira pandangan akar umbi UMNO serta bagi menjawab gesaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuntut parti itu menyatakan pendiriannya.

Menjelaskanperkara itu, Ahmad Maslan berkata, satu perjumpaan khas telah diadakan pada 15 Februari lalu antara UMNO, Bersatu dan PAS yang diwakili lima pemimpin tertinggi setiap parti.

“Di dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri merangkap Presiden PPBM, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar UMNO membuat pendirian jelas berkenaan kedudukan kerjasama dengan Bersatu (PPBM) sebelum sebarang perundingan pengagihan kerusi dapat diteruskan bagi menghadapi PRU ke-15.

“Bagi maksud tersebut, Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) telah mengadakan mesyuarat pada Jumaat, 19 Februari 2021 untuk membincangkan lanjut hasrat YAB Perdana Menteri tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Maslan lagi, Mesyuarat MKT telah sebulat suara bersetuju untuk Presiden UMNO mengutuskan surat kepada Presiden PPBM bagi menyatakan keputusan:

i. Tiada kerjasama dengan PPBM dalam PRU-15.
ii. UMNO berpendapat, kebersamaan dalam Kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Ujarnya, sejak dari awal, UMNO sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa untuk memastikan perpaduan yang dibina melalui sebuah pakatan atau kerjasama politik yang bertahan lama dan efektif, mestilah berteraskan kejujuran dan keikhlasan, demi menjaga kemaslahatan rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat