Perlu Jalani Ujian Calitan Covid-19 Sebelum Masuk Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR – Semua individu yang akan memasuki Sabah, Sarawak dan Labuan perlu menjalani ujian calitan COVID-19 tiga hari sebelum perjalanan setelah mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun ujian calitan tidak perlu dilakukan bagi pergerakan keluar dari dua negeri dan wilayah tersebut ke Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata individu yang memasuki Sarawak perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sejurus tiba di bumi Kenyalang itu.

“Perjalanan dari Sabah ke Labuan dan Sarawak perlu menjalani ujian calitan tiga hari sebelum berlepas manakala perjalanan dari Sarawak ke Sabah dan Labuan perlu menjalani ujian calitan tiga hari sebelum berlepas dan hanya individu dikesan negatif serta tidak bergejala dibenarkan ke Sabah dan Labuan.

“Perjalanan dari Labuan ke Sarawak perlu menjalani ujian tiga hari sebelum perjalanan dan kuarantin 14 hari di Sarawak manakala perjalanan dari Labuan ke Sabah juga perlu jalani ujian calitan dan hanya individu dikesan negatif serta tidak bergejala dibenarkan ke Sabah,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Beliau menjelaskan kos saringan ujian COVID-19 dan kos kuarantin bagi rakyat Sarawak akan ditanggung kerajaan negeri itu sementara yang bukan rakyat Sarawak perlu menanggung sendiri kedua-dua kos berkenaan.

Ismail Sabri berkata hanya individu dengan keputusan negatif (ujian calitan) dan tidak bergejala sahaja dibenarkan masuk ke Labuan dan tidak perlu menjalani kuarantin.

Ismail Sabri menjelaskan larangan rentas daerah masih dikekalkan di Sabah dan Sarawak walaupun ia berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – Bernama

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

UMNO, PAS, Bersatu, PKR & Amanah Bentuk Kesatuan Baharu Depani PRU-15?

KUALA LUMPUR - Gelombang politik baharu tanah air bakal berubah lagi, apabila hari ini Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin memulakan...

438,220 Individu Telah Terima Kedua-Dua Dos Vaksin – Dr Adham

KUALA LUMPUR - Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri...

KPDNHEP Keluar Notis Susulan Kenaikan Harga Ayam

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak...