Bahang Makin Terasa, Liga M Buka Tirai Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hari ini 5 Mac 2021, secara rasminya kalendar bola sepak tempatan dibuka, selepas melalui musim yang tidak menentu akibat penularan pandemik COVID-19 sepanjang tahun lalu.

Perlawanan pertama yang bakal mengambil tempat ialah aksi Piala Sumbangsih, apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, tahun ini kejohanan Piala FA tidak dipertandingkan, sebaliknya hanya Liga Super dan Liga Perdana.

Bukan itu sahaja, musim bola sepak tahun ini tentunya berlainan dengan pelaksanaan operasi prosedur standard (SOP) bagi mengelakkan sebarang kluster sepanjang penganjuran Liga Malaysia bagi musim 2020.

Setiap pasukan diberikan kebenaran mengadakan program latihan berpusat secara gelembung menerusi dua kaedah iaitu ‘Home’ dan ‘Camp Quarantine’.

Tiada lagi sorakan gemuruh penonton, sebaliknya pemain perlu menyerap semangat pemain ke-12 tanpa kehadiran jasad mereka di stadium.

Perjalanan Liga M akan diperhatikan dalam tempoh dua bulan pertama ini sebelum ia dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan kebenaran kemasukan penyokong.

Apapun situasi, keterujaan penyokong jelas untuk ‘lepas gian’ menonton perlawanan secara langsung, walaupun hanya menerusi kaca televisyen.

Buktinya, jualan jersi pasukan laku bagai pisang goreng panas, malah beberapa pasukan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Se­langor FC, Terengganu FC dan Sabah, habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja.

Tahun ini, sebanyak 12 pasukan akan bersaing bagi merebut gelaran Liga Super 2021, dan 10 buah pasukan mengambil bahagian dalam saingan Liga Perdana.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,586FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat