Annuar Musa Kecewa Penyatuan Politik Melayu Terkubur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan keputusan UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu-Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai berkuburnya penyatuan politik Melayu paling bertenaga dan berbisa dalam sejarah politik negara.

Annuar turut mengenang semula detik menggerakkan usaha ke arah pembentukan Muafakat Nasional (MN) kerana yakin bahawa penyatuan politik Melayu adalah senjata paling ampuh untuk menghalang kemaraan Pakatan Harapan (PH) yang didalangi DAP.

“Alhamdulillah setelah terbentuk MN, kejayaan demi kejayaan dicapai selain daripada memenangi pilihan raya kecil (PRK) secara bersiri, MN akhirnya tiba lebih awal di Putrajaya bersama PN.

“Malangnya, baru setahun penyatuan politik Melayu paling bertenaga dan berbisa dalam sejarah politik negara beberapa kerat pemimpin kembali kepada penyakit lama, lalu cuba mengheret kembali ke arah berpecahnya gagasan penyatuan politik Melayu.

“Naratif bersifat kebencian direka ditanam, berperang dengan bayang bayang. Sahabat digambarkan sebagai lawan. Pengikut ditakut- takutkan. Musuh nyata digambarkan sebagai kawan dalam membentuk jajaran,” bidas Annuar.

Ahli Parlimen Ketereh itu mendakwa, tidak cukup dengan menanam bibit perpecahan sesama parti orang Melayu, malah terdengar beberapa naratif seolah mahu memberi talian hayat kepada DAP dan PH.

“Cabaran terbesar kini ialah sejauh mana kita mampu mempertahankan MN dokongan tiga parti utama orang Melayu iaitu UMNO, PAS dan Bersatu dan diperkasakan dengan parti GRS dan GPS serta parti parti sahabat sealiran lainnya.

“Rakyat mahukan kestabilan. Rakyat mahukan kerajaan yang mampu fokus kepada agenda membela mereka.BN-PN,GPS dan GRS adalah gandingan tepat utk bertemu satu lawan satu dengan PH.

“Jika ini terbentuk, insyaallah PRU 15 bakal membentuk sebuah kerajaan yang kuat,stabil serta berupaya memakmurkan negara.

“Namun formula ini sedang diracuni dari luar dan dalam hanya kerana masaalah beberapa individu. Parti jadi taruhan.
“Namun usaha perlu diteruskan. MN dan penyatuan ummah harus terus diperjuangkan,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, sewaktu mula menjalin kerjasama antara parti, tiada pun surat menyurat memulakan kerjasama itu.

Justeru katanya, tiada keperluan diam- diam berutus surat pemberitahuan untuk tidak berkerjasama.

“Apa lagi perkara yang masih jauh di hadapan. Tempoh PRU 2023. Pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh yang panjang itu.Ia meletakkan parti pada posisi disadvantage.

“Apa lagi di saat parti perlu melalui pemilihan parti yang wajib tahun ini. Dasar parti semasa pilihan raya akan datang bakal ditentukan pemimpin yang memimpin semasa PRU diadakan.

“Banyak perkara boleh berlaku antara sekarang hingga tempoh Parlimen dibubarkan.

“Dengan pendirian pramatang ini,kita telah menjadikan diri kita tempang dan kuasa tawar menawar dalam kerajaan menjadi lemah dan yang menanggung akibatnya adalah ahli di akar umbi,” beritahu beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat