Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari UMNO serta-merta, sebagai langkah tindak balas ke atas keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO menolak sebarang perbincangan kerjasama dengan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Menurut sumber, langkah pengguguran semua Menteri dan pemimpin Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dari UMNO tidak akan menjejaskan kedudukan Perdana Menteri kerana kerajaan yang ada hari ini merupakan kerajaan Darurat yang tidak memerlukan mandat dan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Kedudukan Perdana Menteri dalam kerajaan darurat adalah atas keputusan mutlak Yang Di Pertuan Agong. Sebaik Darurat diisytiharkan kuasa baginda tidak lagi dikawal oleh fasal Perkara 43(2)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.”

Dalam pengisytiharan Darurat, YDP Agong mempunyai kuasa sepenuhnya menukar Perdana Menteri dan mengisytiharkan undang-undang melalui perintah Ordinan.

Tindakan ini dipertimbangkan berikutan surat yang diterima oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi hujung bulan lepas.

Dalam surat tersebut Ahmad Zahid memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tetapi akan meneruskan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga pembubaran Parlimen.

Sumber Bersatu menyifatkan keputusan MT UMNO itu memerlukan mereka melihat langkah politik yang drastik bagi membolehkan Perikatan Nasional (PN) kekal relevan dalam PRU akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat