Malaysia gesa mesyuarat JWG bersidang seawal Jan 2021

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia meminta Kumpulan Kerja Bersama (JWG) antara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) bersidang seawal Januari tahun depan selepas hubungan antara dua pertubuhan serantau itu dinaik taraf kepada Rakan Kongsi Strategik.

Semasa berucap pada mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN-EU ke-23, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kedua-dua pihak perlu menyelesaikan perkara yang masih tertangguh, terutama berkaitan elemen minyak sayuran dalam bidang tugas JWG.

Beliau berkata setelah hampir dua tahun berunding, EU dan negara anggota ASEAN yang berkaitan mampu mencapai kata sepakat.

“Bagi Malaysia, kami melihat perkembangan positif ini sebagai pencapaian utama dalam perkongsian kami dengan EU. Ia mencerminkan kedudukan kita bersama untuk menyelesaikan isu minyak sawit secara menyeluruh dan telus.

“Saya berdiri teguh bersama-sama rakan ASEAN untuk meningkatkan hubungan ASEAN-EU kepada satu Perkongsian Strategik; menekankan perlunya JWG bersidang seawal Januari 2021 dan tidak menangguhkannya,” katanya.

Mesyuarat pada Selasa itu diadakan secara maya berikutan pandemik COVID-19, dipengerusikan Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan, dan disertai Perwakilan Tinggi EU untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Eropah Josep Borrell Fontelles.

Semua 10  Menteri Luar ASEAN serta 27 Menteri Luar EU turut menyertai mesyuarat berkenaan.

“Saya ingin berterima kasih kepada Josep Borell atas kerjasama berterusan dengan kami di ASEAN,” kata Hishammuddin.

Dalam pertemuan itu, Hishammuddin juga menekankan bahawa salah faham mengenai kelestarian minyak sawit di Eropah memberi kesan negatif kepada industri minyak sawit di Malaysia, yang melibatkan kehidupan lebih 500,000 pekebun kecil di sektor itu.

“Bagi Malaysia, perbincangan konstruktif kami mengenai hal-hal berkaitan dengan minyak sawit amat bermakna terutama mengenai status semakan semula Peraturan Delegasi RED II, dan pendekatan menangani pandangan negatif terhadap minyak sawit di Eropah,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat