Jumlah perbelanjaan KKM dalam menangani COVID-19, dibangkitkan di Dewan Rakyat hari Khamis

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

SANDAKAN - BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit...

KUALA LUMPUR: Jumlah perbelanjaan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani pandemik COVID-19 sejak 18 Mac hingga 31 Okt lepas, antara perkara yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam sesi soal jawab yang akan diajukan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba berhubung perkara itu.

Natrah Ismail (PH-Sekijang) pula meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan Cadangan Umum Jawatankuasa Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) No.34.

Ia bagi memastikan wanita mempunyai hak kewarganegaraan sama rata dengan golongan lelaki terutamanya hak berkaitan pemberian kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan di luar negara apabila berkahwin dengan lelaki bukan warganegara.

Pada sesi sama, M. Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan sebab mengenai 81,217 orang pekerja masih hilang pekerjaan seperti yang dicatatkan pangkalan data Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) setakat 25 Sept lepas walaupun Program Subsidi Upah dan Program Pengekalan Pekerjaan telah dilaksanakan kerajaan.

Sementara itu, pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada kementerian akan memberikan sedikit kelonggaran syarat permohonan lesen senjata api kepada pemilik tanaman yang ingin memiliki lesen bagi menguruskan musuh tanaman seperti babi dan monyet yang bertindak merosakkan tanaman.

Persidangan dewan kemudian diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa melibatkan tiga lagi kementerian mengikut giliran seperti yang dijadualkan.

Mengikut jadual giliran kementerian, perbahasan hari ini akan tertumpu kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Semalam, menyaksikan peruntukan bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa dengan undian suara terbanyak.

Kelulusan itu menjadikan peruntukan bagi kementerian yang telah lulus di peringkat jawatankuasa setakat ini ialah lapan dengan lima daripadanya diluluskan mengikut undian suara terbanyak manakala tiga melalui proses undi belah bahagian.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat sesi perbahasan berkenaan akan berlanjutan selama 10 hari sehingga 15 Dis ini, sementara Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 29 hari sehingga 17 Dis.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Berita Berkaitan

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...