UMNO nak tukar PM bukan kerajaan, tapi kalau tiada calon dalam PN mungkin cari di luar – Shahrir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Isyarat UMNO kepada ahli-ahli Parlimennya ialah hendak mengganti nakhoda bukan kapalnya,” kata veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad.

Katanya, nakhoda yang bakal mengemudi kerajaan akan di cari dalam Perikatan Nasional (PN).

“Pendirian UMNO sehingga Khamis lalu adalah untuk menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tapi tetap ingin bersama dengan PN dalam kerajaan gabungan. Pendirian ini dinyatakan secara jelas oleh Datuk Seri Najib Razak dalam sidang medianya di bangunan Parlimen pada hari itu.

“Hal ini kerana Datuk Seri Zahid Hamidi, Presiden UMNO sedang jalani kuarantin kendiri selepas diuji positif pada Jumaat sebelum mesyuarat Dewan Rakyat.

“Isyarat UMNO kepada ahli-ahli Parlimen nya ialah yang hendak diganti ialah nakhoda kapal bukan kapalnya itu. Dengan isyarat itu diharapkan akan dimulakan untuk mencari ganti seorang nakhoda baru dari kalangan PN,” jelas Shahrir dalam catatan Facebooknya.

Tegas beliau lagi, sudah pasti UMNO tidak akan berganjak daripada keputusan untuk menarik balik sokongan yang telah diberi kepadanya untuk menubuhkan sebuah kerajaan.

“Sejak itu, ditubuhkan PN yang sengaja mencerminkan BN dari segi warna dan nama agar menjadi sebuah ‘grand coalition’ untuk menandingi BN.

“Reaksi akar umbi pantas. Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, diusulkan supaya UMNO hentikan kerjasama dengan Bersatu dan pelaksanaannya dari segi masa dan cara terserah kepada Presiden dan Majlis Tertinggi (MT),” katanya.

Pun begitu menurut Shahrir, isyarat UMNO untuk digantikan Muhyiddin seolah tidak jelas dan tegas bagi wakil-wakil UMNO yang berada dalam kerajaan.

“Hari Khamis lepas menyaksikan pengumuman 40 ahli Parlimen UMNO tetap menyokong ‘kerajaan PN pimpinan Muhyiddin’ ketika Najib menyatakan kepada media beliau hanya sokong PN bukan Perdana Menteri yang sedia ada.

“Ahad lalu jumlah 40 turun kepada 30. Inipun bukan angka yang tepat. Dijangka ianya kurang dari 30.
Keghairahan mengumpul jumlah yang ‘menyokong kerajaan PN pimpinan Muhyuddin’ dikalangan ahli-ahli Parlimen UMNO membayangkan adanya kemungkinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli-ahli parlimen UMNO sendiri.

“Sepatutnya Timbalan Perdana Menteri lah yang menggantikan Perdana Menteri.

“Ahli-ahli PN pun macam tidak sangat merestukan pilihan Muhyiddin untuk mewujudkan dan mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri,” ujar beliau.

Shahrir membangkitkan tanda tanya, siapa pula calon PN untuk menggantikan Muhyiddin kalau bukan pula TPM yang sepatutnya?

“Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah Timbalan Pengerusi PN. Pilihannya untuk jadi duta dan bukan menteri membayangkan minat Presiden PAS/Timbalan Pengerusi PN bukan terhadap kerja-kerja seorang menteri. Apatah lagi sebagai pengganti kepada Muhyiddin.

“Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ‘Peja’, walaupun Timbalan Presiden Bersatu, tidak kuat sangat kedudukannya. Peristiwa dia terpaksa berhenti sebagai MB Perak kerana kekalahan undi di DUN Perak juga mencabar kewibawaannya.Jadi, Timbalan Presiden Bersatu pun bukan.

“Siapa lagi? (Datuk Seri) Hamzah Zainuddin? Dia tak ori (asli) Bersatu, hanya melompat ke Bersatu selepas PRU 14. Tapi boleh jadi proksi kepada Datuk Seri Azmin Ali.

“Kalaulah PN sendiri tidak ada calon untuk ganti Muhyiddin, sepatutnya, lagi mudah TPM mengganti Muhyiddin.

“Isyarat UMNO macam tidak mendapat perhatian sewajarnya.Jadi, tidak memeranjatkanlah kalau tidak ada ganti kepada nahkoda, nanti dicari nahkoda dari luar PN,” kata Shahrir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat