Takiyuddin Terima Hadiah ‘Sejambak Bunga’ Kiriman YDP Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan menerima kejutan dari Istana Negara hari ini berbentuk hadiah sempena mendoakan kesembuhan kesihatan beliau daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah.

Memetik laporan MalaysiaNow, Baginda mengirimkan sejambak bunga kepada Takiyuddin yang kini berada di Hospital Swasta selepas menjalani pembedahan jantung.

Bahang kemelut politik negara panas minggu lalu apabila Yang di-Pertuan Agong memaklumkan pembatalan darurat yang diumumkan Takiyuddin semasa Sidang Khas Parlimen belum ditandatangani Baginda, susulan itu sidang Dewan Rakyat ditangguh sekali gus muncul tekanan hebat supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya berundur.

Menyusul dalam selitan krisis dan desakan itu, seramai 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan Ahad malam.

Sumber ahli Parlimen BN berkata, pertemuan sulit itu diadakan bermula jam 9 malam dan dipengerusikan oleh Pengerusi Kelab Ahli-ahli Parlimen Penyokong Kerajaan PN (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim.

Surat akuan mempertahankan kedudukan Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terpaksa disediakan mereka memandang terdapat usaha pihak tertentu cuba menafikan sokongan 40 ahli Parlimen BN terhadap kerajaan PN sebelum ini.

Semalam, sejumlah ahli Parlimen pembangkang diketuai Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berarak dari Dataran Merdeka ke bangunan Parlimen, menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan juga kerana didakwa menderhaka terhadap Agong.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat