KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan, PN bukan milik mana-mana parti secara mutlak.
Jelas beliau, PN adalah gabungan politik berperlembagaan yang ditubuhkan atas dasar muafakat parti-parti pengasas.
“Pas juga adalah antara parti pengasas PN dan saya sendiri merupakan salah seorang penandatangan rasmi penubuhan PN.
“Justeru, sebarang tafsiran mengenai status, kedudukan dan hala tuju PN tidak boleh dibuat secara sepihak. Ia hendaklah dirujuk kepada perlembagaan PN dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan.
“Keutamaan saya ialah memastikan PN terus diurus secara tertib, berprinsip dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara,” kata Samsuri dalam kenyataan pada Khamis.



