Bukan Bawah BNM, Sila Bayar Pinjaman Seperti Biasa

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Para peminjam dengan syarikat swasta melahirkan rasa tertekan kerana terpaksa untuk terus membayar ansuran bulanan yang ditetapkan.

Melalui email aduan pembaca yang dikirim ke SuaraTV, mereka mendakwa syarikat tersebut berkeras mahukan ansuran pinjaman motor dibayar seperti biasa kerana tiada sebarang tawaran yang diberikan oleh kerajaan.

“Kami sangat tertekan, di saat negara sedang berdepan dengan krisis yang meruncing ini, mereka seolah tiada pertimbangan dan budi bicara.

“Macam mana nak bayar ansuran motor, sedangkan kami tidak boleh keluar untuk mencari rezeki.

“Bukan kami minta untuk lupus hutang, cuma minta mereka beri kelonggaran unttuk tangguh ansuran hingga krisis ini selesai. Kami juga merayu pihak kerajaan agar campur tangan dalam isu ini,” ujar lelaki tersebut yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

Pengadu tersebut turut mengirimkan beberapa keping gambar skrin (screen shoot) yang diterima daripada syarikat terbabit.

“Untuk makluman pihak Tuan/Puan, TC Capital Resources Sdn Bhd adalah sebuah syarikat kredit persendirian, di mana pihak kami di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).

“Hingga ke hari ini, pihak kami belum ada sebarang tawaran penangguhan bayaran. Minta kerjasama untuk pihak tuan/puan menjelaskan bayaran seperti biasa.

“Kepada pelanggan yang dihormati, ingin kami maklumkan pengumuman baru-baru ini mengenai penangguhan bayaran ansuran.

“Untuk pengetahuan Tuan/Puan, syarikat kami merupakan syarikat persendirian dan kami bukan dalam bidang kuasa BNM. Oleh itu pembayaran ansuran pinjaman adalah seperti biasa. Jika Tuan/Puan ada sebarang pertanyaan, sila hantar e-mel kepada [email protected],” memetik kenyataan pesanan tersebut.

Kerajaan pada 27 Mac lalu mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN). – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat