IamNeeta beri kesedaran isu kesihatan mental

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menyambut ulang tahun sedekad dalam industri muzik, kumpulan IamNeeta memilih menghadiahkan karya baharu berjudul Depresi.

Band alternatif rock dianggotai Neeta Manishaa selaku vokalis, Patrick Anohada (gitaris) dan Anas Zakwan (bass) itu mahu memberi kelainan, selain berkongsi manfaat menerusi karya kali ini.

Neeta berkata, single Depresi adalah nukilan dihasilkan untuk memberi perhatian terhadap isu kesihatan mental yang semakin meruncing sejak era pandemik COVID-19.

“Awalnya, kami risau menghasilkan single Depresi, tetapi ia adalah topik yang perlu diberi perhatian serius dan tidak boleh dipandang ringan. Kami juga memikirkan bagaimana pendengar akan menterjemah karya ini.

“Kami berharap individu berdepan masalah kesihatan mental mendapat solusi demi meneruskan hidup. Jangan pendam dan bergelut seorang diri, tetapi perlu minta pertolongan orang lain,” katanya kepada BH Online.

 

IamNeeta yang diterajui Neeta, vokalis, Patrick dan Anas mahu memberi kelainan, selain berkongsi manfaat menerusi single Depresi.
IamNeeta yang diterajui Neeta, vokalis, Patrick dan Anas mahu memberi kelainan, selain berkongsi manfaat menerusi single Depresi.

 

Sementara itu, Patrick selaku komposer dan penulis lirik single Depresi berharap, karya berkenaan dapat menjadi satu penunjuk arah buat mereka yang mengalami masalah kemurungan.

“Depresi adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang merasai keedihan berpanjangan, keletihan, cepat marah dan hilang minat terhadap kehidupan seharian. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

“Jadi, jangan ketepikan mereka yang mengalami depresi. Hubungi dan dengar luahan hati, itulah yang diperlukan serta jangan sesekali mengadili. Biarpun hanya menjadi pendengar, itu sudah memadai,” katanya.

Anas pula meletakkan harapan agar tiada lagi individu yang mengambil jalan singkat dengan membuat perkara tidak sepatutnya sekiranya berhadapan dengan masalah kesihatan mental.

“Sudah banyak kes mengenai depresi yang berakhir dengan perkara menyedihkan. Hal itu terjadi mungkin kerana masyarakat kurang peka dan faham mengenai gangguan emosi.

“Jadi, kami harap masyarakat faham apa yang dialami oleh penghidap depresi menerusi karya ini,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat