Aksi ‘ganas’ Fezrul, belasah Fathil

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Kalau pelakon lain ni mau masuk Melodi lagi kena hempas, kena baling kena cekik.

“Lepas tu ‘play victim (jadi mangsa) dan attention (tarik perhatian). Make believe’ (membuatkan ia dipercayai),” tulis pelakon Fezrul Khan bersama video babak lakonannya di Instagram.

Ia memaparkan aksi ‘ganas’ Fezrul dengan pelakon Fathil Dani di mana dia menolak Fathil ke dinding sehingga potret gambar di dinding terjatuh menimpa tubuh.

Fezrul memuji sikap profesional Fathil yang tidak menjadikan ia satu isu besar.

“Sekarang nampak tak propaganda yahudi. Team work (kerja sama). Bukan Syurga Pilihan. Save the date (tandakan tarikh) 2 Januari 2023. Isnin sampai Jumaat jam 6 petang hanya di Astro Prima,” tulisnya.

Walaupun tidak ditulis secara jelas, difahamkan sindiran ini ditujukan kepada seorang pelakon wanita.

Ia berikutan luahan perasaan pelakon berkenaan yang kesal dan mendakwa dicekik oleh Fezrul ketika menjalani penggambaran sebuah filem.

Bagaimanapun, Fezrul menegaskan bahawa insiden dia mencekik pelakon itu dalam satu babak lakonan mereka yang tular baru-baru ini bukanlah insiden yang membahayakan nyawa.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat