PRN Sarawak: Pengundi 18 tahun belum boleh mengundi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kelayakan umur bagi pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik tidak terpakai bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Perkara itu diumum kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Kata beliau, walaupun ia sudah diwartakan, namun PRN Sarawak pada 18 Disember ini ditetapkan hanya menggunakan Daftar Pemilih Pilihan Raya terkini yang dikemas kini sehingga 2 November 2021.

Justeru, Wan Junaidi berharap isu berkenaan tidak dipolitikkan kerana ia tidak bertentangan dengan undang-undang.

“Tiada desakan dari mana pihak dalam isu ini. Malah, Sarawak sememangnya bersedia untuk menerima pengundi muda ini,” katanya memetik BH pada Khamis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak diadakan pada 18 Disember depan.

Tarikh penamaan calon pula pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.

SPR berkata, Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung dengan had kelayakan umur pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik diwartakan pada 1 Disember 2021.

Ia berkuat kuasa pada 15 Disember 2021 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pada 3 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuching memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada 31 Disember ini.

Menjelas lanjut, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong itu berkata, keputusan berkenaan berdasarkan proses undang-undang, termasuk keputusan Mahkamah Tinggi Kuching.

Justeru, katanya ia bukannya untuk menafikan atau mengenepikan hak dan hasrat belia yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengundi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat