Drama bersiri terbaru iQIYI berjudul ‘RESTU’ yang akan ditayngkan pada 26 April ini

- Advertisement -

Platfrom penstriman terkemuka Asia, iQIYI mempersembahkan drama bersiri terbaru keluaran mereka yang berjudul ‘RESTU’ yang akan ditayangkan bermula pada 26 April 2024 ini pada jam 9.00 malam.

Drama bersiri 10 episod ini dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Remy Ishak, Wana Ali, Siti Elizad, Elizabeth Tan, Puteri Rafasya, Aherine Ahirudin dan ramai lagi, drama ini adalah hasil terbitan bersama syarikat produksi Infinitus Production dan diarahkan oleh pengarah terkenal tanah air, Heykal Hanafiah.

Setelah mencapai kejayaan luar biasa buat drama bersiri bersiri ‘Rampas Cintaku 1 & 2’ dengan jumlah melebihi 100 juta tontonan digital di seluruh dunia, iQIYI kini terus menyajikan drama bersiri RESTU yang merupakan diantara 12 drama yang bakal mewarnai tahun 2024.

Drama ‘RESTU’ mengisahkan mengenai watak utamanya iaitu Razak (lakonan Remy Ishak), seorang ayah tunggal yang berdepan cabaran dan dilema hidup dalam membesarkan anak perempuannya, Amy (lakonan Puteri Rafasya) setelah kematian isterinya, Julia.

Disebabkan itu Razak megambil keputusan untuk mencari penganti teman hidupnya tetapi memerlukan Restu daripada anaknya Amy, yang telah meletakan 3 syarat yang perlu dipenuhi.

Siapakah calon bakal isteri Razak yang mendapat restu dari anaknya Amy? Apakah pula syarat-syarat yang diletakkan oleh puteri hati Razak? Semuanya bakal terungkai dalam ‘RESTU’ ?

 

Drama ini mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan, pelbagai perbincangan dari aspek jalan cerita, watak, genre dan strategi pemasaran yang terbaik bagi drama ini agar ia menepati citarasa masyarakat tempatan.”

Tayangan perdana episod pertama drama RESTU adalah pada 26 April 2024, bersamaan minggu kedua Hari Raya dimana ianya boleh ditonton secara percuma di aplikasi iQIYI atau laman web www.iQ.com/local.

Untuk episod baru seterusnya pula, penonton boleh membuat langganan akses VIP dan terus menonton apabila ianya tersedia, namun episod baru tersebut boleh ditonton secara percuma 48 jam kemudian.

Muat turun aplikasi iQIYI di Apple App Store atau Google Play Store sekarang, taip RESTU di ruang carian, kemudian terus klik ‘Pesan’ untuk mendapatkan peringatan awal atau  langgan Super Streamer Pass baharu oleh Hotlink dengan hanya RM9.90 sebulan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat