Tengku Zafrul fail afidavit perbetul fakta Zahid terkait kes pengampunan Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memohon kebenaran memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Titah Adendum dalam kes pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Permohonan itu dibuat firma guaman, Cecil Abraham & Partners mewakili Tengku Zafrul, melalui surat bertarikh hari ini yang dihantar kepada Umi Salamah Mohamad sebagai Setiausaha Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh.

Pihak pembelaan Tengku Zafrul berkata, afidavit diikrarkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu adalah untuk menangani secara khusus pengataan terkandung dalam Afidavit Tambahan No 3 yang diikrarkan oleh Timbalan Perdana Menteri berkenaan pada 9 April lalu.

Menurutnya, ia berikutan terdapat fakta didakwa tidak tepat yang perlu diperbetulkan menurut bidang kuasa sedia ada mahkamah dan Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

“Untuk rekod, kami (pihak pembelaan Tengku Zafrul) selanjutnya diarahkan anak guam (Tengku Zafrul) untuk menyatakan bahawa anak guam tidak mengambil pendirian dalam merit pertikaian antara pihak-pihak (dalam isu berbangkit).

“Anak guam hanya ingin memastikan fakta dikemukakan dengan tepat di hadapan mahkamah secara neutral.

“Kami berharap mahkamah akan mempertimbangkan dan membenarkan permohonan kebenaran bertulis untuk memfailkan afidavit atas alasan yang dinyatakan,” katanya lapor BH pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, disahkan ialah Ahmad Zahid.

Titah Adendum berkenaan adalah supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April lalu, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah terbabit oleh Tengku Zafrul ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights, 30 Januari lalu.

Ahmad Zahid juga dipetik berkata, Tengku Zafrul menunjukkan kepada beliau salinan Titah Adendum itu pada telefonnya yang beliau ambil gambar dan imbas sendiri daripada salinan asal seperti ditunjukkan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Bagaimanapun pada Rabu lalu, Tengku Zafrul dilaporkan akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi memfailkan afidavit membetulkan beberapa kesilapan fakta yang didakwa terkandung dalam afidavit difailkan Ahmad Zahid berkaitan Titah Adendum itu.

Pada Jumaat lalu, Tengku Zafrul dilaporkan enggan mendedahkan kesilapan fakta yang didakwa terkandung dalam afidavit difailkan Ahmad Zahid berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat