Anwar lantik jawatankuasa penasihat dasar tanpa bayaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri (Policy Advisory Committee to the Prime Minister, PMAC) untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi Madani.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican dan turut dianggotai oleh Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Dr Nungsari Ahmad Radhi.

“Penubuhan jawatankuasa ini susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024 yang juga dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.

“Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan.

“Jawatankuasa yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat