Semua tuduhan 1MDB terhadap Najib salah, tak berasas – Shafee

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peguam bela yang mengetuai perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib adalah salah dan tidak berasas.

Menurut Shafee, pihaknya akan berhabis-habisan menyangkal kesahihan dakwaan dan tuduhan pada akhir prosiding berkenaan.

Beliau berkata, pasukannya akan membuat rumusan dengan fakta bahawa kes itu telah dilakukan dengan salah dan tidak berasas dengan kebanyakan fakta dalam pertuduhan jenayah itu cacat.

“Kebanyakan lebih kepada duplicity dan multiplicity sahaja. Tuduhan cacat dan salah,” katanya lapor MG, semalam.

Terma duplicity bermaksud dua atau lebih kesalahan disebut dalam satu pertuduhan, larangan undang-undang ialah memperkenalkan lebih satu kesalahan dalam satu pertuduhan.

Multiplicity pula merujuk kepada kesalahan didakwa lebih daripada satu pertuduhan yang juga ada undang-undang larangan bagi pertuduhan berganda.

Bekas Perdana menteri itu berdepan tuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat